KUALA LUMPUR - "Saya telah dipukau dan barangan saya telah diambil di luar kesedaran saya," demikian kata mangsa, Nadia Nadhirah Nazri di laman Facebooknya.
Untuk pengetahuan semua, saya telah dipukau dan barangan saya telah diambil di luar kesedaran saya.
Lokasi: Kinokuniya Bookstore KLCC
Masa: 5.30 pm ke atas
Hari: Ahad (27 November 2016)
Barangan dicuri: Iphone 6 gold & Gelang Emas
Total lost: RM6-7 k
Suspek (ketika kejadian):
- Lelaki melayu (ala2 chinese)
- kulit putih
- rambut pendek
- perwatakan sedikit lembut
- bahasa yang digunakan lebih kepada english + malay
Rentetan Kejadian:-
Semasa menuruni eskalator selepas keluar dari kedai buku kinokuniya, saya dan adik saya disapa oleh seorang lelaki mengaku sebagai Manager Kinokuniya, sedang mencari pekerja. Saya menolak kerana saya sudah punyai pekerjaan yang tetap. Tetapi lelaki itu terus menerus bercakap sehingga saya dan adik mengikut dia kembali memasuki ke kedai buku tersebut.
Lelaki itu mengambil borang kononnya borang untuk ditemuduga walaupun hati saya cakap tidak mahu. Lelaki itu memanggil kami dan ke kedai makan Little Penang berhadapan Kinokuniya kononnya untuk interview kami. Di situ dia terus menerus berbual dan suruh kami isi interview form tersebut.
Di dalam perbualan dia ada mengatakan semua candidate akan dibagi test masa itu juga dan meminta barangan berharga kami untuk disimpan semasa cagaran sementara mereka keluarkan Offer Letter untuk bekerja di situ walaupun saya tidak mahu. Selepas isi form lelaki itu membawa kami masuki kembali ke Kinokuniya Bookstore tingkat atas untuk lakukan test.
Dari situ lelaki itu meminta Iphone 6 gold colour saya katanya untuk download applications soalan2 yang perlu dijawab. Password h/p, password untuk Apple Id saya semua dia minta dan saya bagi tanpa sedar. Dan ketika kejadian, dia meminta juga gelang emas di tangan kiri saya, saya tidak mahu bagi tapi dia buka sendiri dari tangan saya. Saya hanya mampu melihat dia membuka gelang emas tersebut.
Dan selepas itu dia beredar. Selepas setengah jam saya tersedar dan bertanyakan staff di kinokuniya tentang lelaki tersebut. Dan staff tersebut hanya mampu kata "oh my god, its another case!" .. Dan staff tersebut report kepada management Kinokuniya.
Berdasarkan security Kinokuniya lelaki yang sama mensasarkan mangsa:-
- perempuan Melayu yang jalan berdua
- umur dlm lingkungan 20-30
- target Iphone user
- approach semasa menuruni eskalator
- masa dan hari yang lelaki itu sasarkan semasa keadaan tengah sesak dengan orang seperti hari minggu
Saya sedar setiap perbualan kami, tetapi Minda dan Hati saya seakan Dikunci ketika kejadian dari awal lagi. Segala perbuatan saya seakan dikawal.
Kita dah berjaga2 dan berdoa memohon perlindungan dari Allah. Tapi kalau DIA mengkehendakkan sesuatu itu terjadi maka jadilah ia. Saya redha. Rezeki yang Allah bagi tanpa kita pinta, dan rezeki itu pergi pun tanpa dipinta. Saya tidak merasa kehilangan. Semua sudah tersurat. Allah memberi saya merasa perasaan dipukau. Tapi kita sebagai hambaNya kena melihat benda disebalik itu (tersirat). Penganiayaan yang dilakukan wajib diberhentikan.
Lelaki itu tersenyum sinis mengatakan saya tidak cerdik selepas mengambil barangan saya sebelum berlalu pergi. Setiap kata2 dia saya ingat. Mungkin sekarang dia berbangga dapat "mengawal" Minda dan Hati manusia buat seketika. Tapi lelaki itu lupa diri dia sendiri diciptakan dan dikawal oleh Allah S.W.T.
Laporan sudah dibuat dan InsyaAllah, Allah membuka "jalan" untuk pihak berkuasa mencegah kemungkaran. :)
Moga penganiayaan, kejahatan yang dilakukan ke atas diri saya, Nadia Nadhirah Binti Nazri merupakan PENUTUP kepada segala penganiayaan dan kejahatan yang pernah dilakukan sebelumya. InsyaAllah.
Sumber: Dya Dhyra
Filled Under:
Gadis Jadi Mangsa Pukau Di KLCC Hanya Mampu Melihat Dia Mengambil Gelang Emas Saya
Posted By:
Penulis
on 13:06:00