Tiga orang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam, 3 adik beradik ini, diserang dan kemudian dipenggal kepalanya tanpa belas kasihan. Difahamkan pembunuh ini memerlukan 3 kepala kanak-kanak untuk ritual sihir ilmu hitam. Kejadian mengerikan ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Tiga beradik ini yang dikenali sebagai Terdors, yang berusia 10 tahun, Terna, 8 tahun dan Sulumshima, 9 tahun, dalam perjalanan ke rumah mereka selepas puas berenang dan bermain air bersama rakan-rakan mereka yang lain.
Ibu mereka, Cecilia Emberga Agammbuee berkata, selepas berenang, anak-anaknya memutuskan untuk mengangkut air dengan menggunakan baldi untuk digunakan di rumah.
"Ketika dalam perjalanan pulang, dua lelaki tiba-tiba muncul dari ladang, telah memegang leher salah seorang anaknya."
"Ketika kanak-kanak lain melarikan diri, dua lagi anak saya memutuskan untuk menyelamatkan adik mereka, katanya yang dimaklumkan masalah tersebut oleh anak-anak yang berjaya melepaskan diri itu."
Menurut Cecilia, suaminya bersama-sama dengan penduduk kampung kemudian berkejar ke tempat kejadian. Namun mereka hanya menemui mayat ketiga anaknya tanpa kepala, terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
"Ketika melihat mayat mereka, saya sangka saya akan mati, '' kata Cecilia.
Turut ditemui di tempat kejadian adalah topi dan dadah, dipercayai milik pembunuh tersebut.
"Saya ada empat orang anak namun tiga daripadanya telah dibunuh dengan kejam."
"Saya hanya ditinggalkan dengan seorang anak sahaja. Ini menunjukkan betapa berbahayanya daerah ini," katanya
Sumber http://www.jelajahsehat.com/2016/12/tragis-tiga-bocah-dipenggal-dan-diambil.html
Filled Under:
KEJAM dan TRAGIS!! 3 Kanak-Kanak Perempuan Bersaudara Dipenggal Kepalanya Atas Tujuan Ilmu Hitam
Posted By:
Penulis
on 08:29:00