Filled Under:

DURJANA:Sanggup Nak Lacur Isteri Kepada Rakan Sepejabat Kerana Ketagihan Berjudi




Kuala Lumpur: Akibat ketagihan judi, bukan kereta dan barang kemas sahaja yang dijual, malah wanita bergelar isteri sanggup dilacur untuk melangsaikan hutang suami kaki judi.

Itu situasi malang yang dialami se0rang wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 37, selepas suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan terjebak bermain judi dalam talian sejak dua tahun lalu.

Ayu yang sebelum ini menetap di P0rt Dicks0n, Negeri Sembilan berkata, kehidupan rumahtangganya kian hancur selepas suaminya mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di kawasan itu sehingga berubah menjadi ‘penagih’ judi.

Katanya, suaminya yang dulu se0rang yang bertanggungjawab dan penyayang, berubah 360 darjah menjadi se0rang yang pemarah dan tamak.

“Suami saya pernah berhenti main judi selepas pihak berkuasa membuat 0perasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di P0rt Dicks0n ditutup. Tetapi apabila sindiket mula ber0perasi semula, suami kembali berjudi.


Dapatkan akhbar Harian Metr0 untuk berita selanjutnya