Akhirnya TERBONGKAR !!! Susulan Pemandu Uber Di Belasah,Akhirnya Video Dari Perempuan Vietnam Tersebut Mula Tersebar Yang Menunjukkan Pemandu Uber Sedang...
‘Abang ipar saya difitnah perempuan Vietnam’
PULAU PINANG – Seorang pemandu Uber didakwa mencabul penumpang wanita warga Vietnam menyebabkan dia dibelasah lebih dari 10 orang lelaki, lapor Utusan Malaysia.
Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, pemandu Uber terbabit didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek telah dipukul 10 lelaki termasuk suami wanita warga Vietnam berkenaan berhampiran sebuah restoran.
Pemandu Uber terbabit cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri selain keretanya turut dirosakkan.
“Suspek dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, adik ipar kepada pemandu Uber berkenaan, Amyrul Shazafry, tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menjelaskan mangsa telah difitnah sehingga cedera dibelasah sekumpulan lelaki.
“Lelaki ini ialah abang ipar saya. Nama dia Sukri Ramli dan bekerja sebagai pemandu Uber separuh masa.
“Semalam (6 Jun 2017), dia mendapat pelanggan warga Vietnam yang suruh pickup dia di Paya Terubong. Selepas selesai semua kerja seperti biasa, dia pun pergi ke tempat kerja di Balaik Pulau dan sambung kerja.
“Kemudian, keesokkannya atau hari ini, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam berkenaan untuk mengambil dia di tempat yang sama.
“Setelah sampai, perempuan Vietnam itu pun masuk dalam kereta dan tiba-tiba keretanya ditahan sekumpulan lelaki berbangsa Cina lebih kurang 20 orang dan dua daripadanya bersenjatakan kayu besbol.
“Abang ipar saya kebinggungan, apa salah dia? Jadi dia turun dan tanya apa yang berlaku. Belum sempat bertanya, dia terus dibelasah beramai-ramai dan dipukul dengan kayu besbol. Malah orang awam yang tiada kaitan juga turut serta memukul dia.
“Sukri kemudian bertahan dan bertanya apa kesalahannya sebelum diberitahu yang dia dituduh melakukan gangguan seksual terhadap perempuan warga Vietnam berkenaan.
“Sukri menafikan dakwaan itu, namun perempuan Vietnam itu mendakwa dia ada bukti video. Apabila diminta tunjukkan video itu, dia gagal menunjukkannya,” ceritanya.
Menurut Amryul, mangsa kemudian diselamatkan oleh seorang anggota polis. Bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan lelaki itu yang telah memukul mangsa tanpa menyiasat kebenaran dakwaan perempuan berkenaan.
“Kena pukul ramai-ramai dengan senjata itu satu hal. Kereta dipecahkan, siapa yang nak bayar?,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Amryul meminta orang ramai menyebarkan penafian dan penjelasannya itu untuk membersihkan nama abang iparnya yang sudah tercalar kerana difitnah perempuan warga asing yang tidak bertanggungjawab itu.