KANTOI ! Rupanya Gadis Vietnam Yg Buat Fitnah Bukan Org Biasa-Biasa ! Anda Pasti Terkejut BESAR Lihat Biodata Penuh Dia Ni !
PULAU PINANG - Susulan viral kes pemandu Uber dibelasah lebih dari 10 lelaki kerana didakwa telah mencabul penumpang wanita warga Vietnam, video dan gambar wanita berkenaan tersebar di media sosial.
Video berdurasi 4 minit 22 saat itu menunjukkan, pemandu Uber, Sukri Ramli, dibelasah dengan kayu selain diterajang, ditendang dan ditumbuk di bahagian mukanya. yang tidak terdaya melawan kemudian melarikan diri dalam kereta, namun tetap dipukul sekumpulan lelaki itu.
Sukri langsung tidak diberikan peluang untuk bertanya dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Gambar wanita warga Vietnam yang dikatakan menjadi punca pergaduhan itu juga telah dimuat naik ke laman sosial.
Menurut ndividu yang memuat naik gambar berkenaan, Muhammad Arif Naufal berkata, gambar wanita itu diperolehi berdasarkan nombor telefon wanita itu yang tertera dalam aplikasi Uber.
Difahamkan, akaun Facebook adik ipar Sukri, Amyrul Shazafry yang tampil membuat penafiannya semalam juga telah dipadamkan.
Semalam, beberapa portal berita melaporkan pemandu Uber berkenaan didakwa telah mencabul penumpang wanita warga Vietnam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pemandu Uber berkenaan cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri selain keretanya turut dirosakkan.
"Suspek dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Polis juga sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.
Filled Under:
KANTOI ! Rupanya Gadis Vietnam Yg Buat Fitnah Bukan Org Biasa-Biasa ! Anda Pasti Terkejut BESAR Lihat Biodata Penuh Dia Ni !
Posted By:
budakbaik
on 20:22:00