Paling Kejam Dalam Sejarah..!! Ini Kronologi Sebenar pelajar UPNM didera sampai mati..[4 FOTO Yg Tak Sanggup Nak Tengok]
Seorang pengawal keselamatan di Apartmen De Centrum di sini mendakwa, dia terdengar bunyi meraung dan bising dari sebuah unit di tingkat 25 apartmen tersebut, tempat sekumpulan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyewa pada malam 31 Mei lalu.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan warga asing yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak berbuat apa-apa kerana tidak menyangka bunyi bising itu merupakan kejadian dera ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain oleh sekumpulan pelajar lain.
“Saya cam beberapa pelajar yang menyewa di tingkat 25 apartmen tersebut kerana pernah menegur mereka supaya tidak membuat bising sebelum itu.
“Namun begitu, semasa ditegur, pelajar berkenaan memberitahu mereka merupakan pelatih polis dan tahu akan peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di apartmen tersebut semalam.
Kronologi Ringkas:
1. Suspek2 tak puas hati dgn mangsa dan menuduh mangsa curi laptop (mangsa tak curi pun ikut ktrgn saksi)
2. Mangsa didapati dipukul menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju. termasuk didera menggunakan steam iron (80% badan melecur)
3. Penderaan berlanjutan sehingga 2 hari.
4. Keadaan mangsa merisaukan, suspek2 bawa mangsa ke klinik. Dlm masa yg sama menjaga mangsa di dlm dorm.
5. Keadaan mangsa makin parah slps 2 minggu dan suspek ambil keputusan bawa mangsa ke Hospital Serdang tanpa pengetahuan pegawai. Sebelum ke hospital, singgah ke rumah kawan suspek yg merupakan pelajar Uniten.
6. Mangsa meninggal di Hospital Serdang dan penangkapan mula dibuat terhadap 2 suspek yg hntr mangsa ke hospital.
7. Penangkapan terus dilakukan dan didapati 30 suspek terlibat dan mereka merupakan satu skuad yg sama. (Pelajar2 Uniten juga ditahan kerana bersubahat)
8. Menurut saksi, penderaan ramai2 dilakukan atas paksaan suspek2 utama.
Setakat yg saya tahu utk pengetahuan semua. Sepupu perempuan saya dlm skuad yg sama yg ceritakan. (Skuad mereka dlm perjalanan ke kg. mangsa di JB).nick hazrul
Bomoh Diburu polis petik nama arwah curi leptop
Polis akan mendapatkan keterangan doktor sebuah klinik swasta dipercayai di Bangi, Selangor yang dikatakan merawat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang cedera parah akibat didera dengan seterika wap sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang malam kelmarin.
Difahamkan, keterangan itu akan merungkai persoalan sama ada maklumat tular yang mengatakan mangsa telah mendapatkan rawatan sebanyak dua kali daripada doktor di klinik tersebut iaitu pada 27 dan 31 Mei lalu, benar atau sebaliknya.
Jika benar mengapa doktor tersebut tidak menyarankan agar mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari kecederaan yang dialami parah sebaliknya menyuruh mangsa dibawa semula untuk rawatan susulan sehingga mangsa akhirnya meninggal dunia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan yang pihaknya akan memanggil doktor tersebut dalam masa terdekat bagi diambil keterangan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenainya sebaliknya meminta semua pihaknya agar memberikan masa kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Ujarnya, pihaknya sedang menumpukan siasatan terhadap 36 suspek terdiri daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang kini direman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan.
“Kita akan siasat semua kemungkinan termasuk ada suspek lain yang terlibat. Buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan maklumat kerana siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada pihaknya mempunyai maklumat mengenai bomoh yang dikatakan menuduh mangsa mencuri komputer riba hingga menyebabkannya didera, Fadzil memberitahu, pihaknya masih menyiasat dakwaan itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Masih terlalu awal untuk saya bercakap mengenai dakwaan itu kerana kita masih belum selesai ambil keterangan semua suspek,” ujarnya sambil memberitahu laporan awal bedah siasat telah diperoleh namun tidak dapat didedahkan buat masa ini.
Kelmarin, Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun dua, jurusan Kejuruteraan elektrik UPNM disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang selepas melecur teruk akibat dicederakan dengan seterika wap.
Susulan itu, sebanyak 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Filled Under:
Paling Kejam Dalam Sejarah..!! Ini Kronologi Sebenar pelajar UPNM didera sampai mati..[4 FOTO Yg Tak Sanggup Nak Tengok]
Posted By:
budakbaik
on 21:45:00