Filled Under:

BIAR BETUL??? Rupanya INI PUNCA SEBENAR SARI YANTI CERAI DENGAN SUAMI PERTAMA!!! JEP Tolong Jangan Ulang Silap Ni Lagi!!

BIAR BETUL??? Rupanya INI PUNCA SEBENAR SARI YANTI CERAI DENGAN SUAMI PERTAMA!!! JEP Tolong Jangan Ulang Silap Ni Lagi!!


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.


Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; “Saya tidak bersetuju dengan penceraian”. -mStar-

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.